tag:blogger.com,1999:blog-3730349917235944010.post9194029152768052504..comments2023-07-15T20:39:57.520+08:00Comments on wartamaya: RAJA DAN DEMOKRASIUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3730349917235944010.post-74261723236966718352009-02-05T17:23:00.000+08:002009-02-05T17:23:00.000+08:00Seperti dijangkakan keputusan Sultan Perak memihak...Seperti dijangkakan keputusan Sultan Perak memihak kepada Najib dan Nizar telah dititahkan meletakkan jawatannya sebagai MB.

Tok tak pertikaikan keputusan baginda Sultan Perak tetapi rata-rata rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Demokrasi tidak berpuas hati dan menganggap ini sebagai satu sejarah hitam dalam amalan Demokrasi di Malaysia.

Bagi Tok,Nizar masih boleh pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan tidak meletakkan jawatannya sebagai MB Perak.Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih ada waktu untuk berbuat sesuatu sehingga Dewan Undangan Negeri Perak bersidang dan usul tidak percaya ditujukan kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Ketika itu,Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya terpaksa dijalankan.

Tok tak faham kenapa Sultan Perak boleh mengarahkan MB Perak letak jawatan dan kosongkan pejabatnya.MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dipilih rakyat Perak dan bukannya oleh SPR,Mahkamah dan Sultan Perak.

Kepada semua penyokong Pakatan rakyat,marilah kita bersama-sama ke kediaman MB Perak dan solat hajat perdana di Stadium Ipoh malam ini.Kuasa rakyat lebih jitu daripada kuasa Raja Monarki Berpelembagaan.

Tok bimbang kelak rakyat Malaysia semakin hilang rasa hormat terhadap Raja-Raja Melayu yang seolah-olah membiarkan dikuasai Kerajaan Pusat UMNO-BN.

Dunia sedang memerhatikan lagak kerajaan UMNO-BN yang tidak menghormati perjalanan sistem demokrasi.

Polis perlu bersikap neutral dan jangan provokasi rakyat kerana tindakan sebegini tidak menguntangkan sesiapa dan dibimbangi berlaku darurat.

Baginda Tuanku Sultan Perak wajar memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan perlu mengambilkira kepentingan rakyat Perak dalam hal ini.tok iskandarhttps://www.blogger.com/profile/16039690438421882717noreply@blogger.com