DNA yang ada, sudah lama?

Aku rasa Abdullah tidak faham tentang DNA dan penggunaannya. Sedih aku ... huhuh. Baca komennya di dalam Malaysiakini, gua petik sikit
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.

"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.

Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.....Malaysiakini
DNA untuk pengesahan diri, tak der kena mengena lama dan baru. Sedangkan DNA cicak yang mampu putus dan tumbuh semula ekor, DNA nya tetap sama. Aku mempunyai seorang PM seperti ini? Lebih baik aku lantik INUL DARASTITA jadi Perdana Menteri. Mungkin lebih bijak. Inul jadi PM, Pak Lah goyang gerudi.

No comments: