Pandu Proton, jangan ada silap

KEADAAN kereta Proton Wira yang merempuh belakang  trailer membawa besi paip gas di Kilometer 265, berdekatan Plaza Tol Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam. Dalam kemalangan itu, pemandu kereta, Ng Choo Sing, 39, parah di muka. Kejadian berlaku ketika mangsa dari Taman Mega, Seremban 2,  dikatakan tidak sempat mengelak trailer. Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba dan pengguna lebuh raya berkenaan.

Kalau nak pandu kereta Proton .... jangan ada silap. Silap sikit, kita kena. Orang langgar pun hancur, di langgar pun remuk. Nyawa 50:50. Kerajaan kata Ciri keselamatan bukan letak pada kereta, tapi pada kepala otak pemandu. Sebab itu, kalau baca katalog proton, yang ada hanya acessories dan harga. Kalau kereta luar negara katalog di penuhi dengan ciri ciri keselamatan, tapi di Malaysia penuh dengan cara pembayaran. Deposit sekian, ansuran sekian, installmentnya sekian dan jumlahnya sekian. Yang lain ..... tak payah ada.

Cuba sebelum korang beli kereta Proton....tanyakan 'safety test' nya. Salesman nak jawab apa? Di luar sana ....kereta kecik pun ada test tau ..... [klik gambar untuk berita]. Nyawa di hujung tanduk, tu sebab beli kereta jadi jadi pak kaduk. Bersorak gembira, nyawa tergadai. Pandu Proton kalu ... everybody MUST BE PERFECT.

No comments: