Bharian | Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.
Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.
Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.
No comments:
Post a Comment