SAIFOOL: MANIFESTO BN, MUSA HASSAN DAN BERANI KERANA BENAR

marhaen | ....Mulai dari kes Saifool ini, nampaknya mana-mana warganegara merasa tidak selamat untuk tinggal di luar bersama masyarakat terbuka, bolehlah meminta POLIS DIRAJA MALAYSIA untuk melindunginya sepertimana Saifool.

Adakah perkara ini terdapat dalam sistem kepolisan?.

Dilapor juga kononnya Saifool berani kerana benar. Alangkah bertuahnya bapa kepada Saifool ini kerana mempunyai anak yang berani kerana benar.

Sebaliknya kebenaran yang hendak ditonjolkan oleh Saifool itu menimbulkan beberapa persoalan.

Kenapa ayahanda Saifool berani kerana benar membiarkan anaknya dijaga POLIS DIRAJA MALAYSIA secara tertutup ditempat sulit?.

Kenapa Saifool berlindung di bawah POLIS DIRAJA MALAYSIA sedangkan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang telah mengaku sanggup berbohong jika diarah oleh bossnya dalam perbicaraan kes liwat I tahun 1998 lalu?.

Ayahanda Saifool berani kerana benar sepatutnya memohon kepada POLIS DIRAJA MALAYSIA supaya anaknya hidup bebas terbuka seperti orang dewasa lain. Kenapa ayahanda Saifool takut, kan Saifool berani kerana benar!.

Kemudian redha atas apa-apa yang berlaku terhadap anaknya itu untuk hidup bebas dalam masyarakat terbuka. Kalau terjadi apa kepada anaknya dia tidak perlu bimbang sebab kalau mati pun kerana mempertahankan kebenaran balasan baik disisi Tuhan.

Kalau Saifool berani kerana benar maka keluarlah dari “perlindungan” dan hidup seperti warganegara lain seperti biasa. Malaysia adalah Negara yang selamat, aman dan makmur sepertimana disebut dalam manifesto Pilihanraya Barisan Nasional iaitu SELAMAT AMAN MAKMUR.... selanjutnya.

No comments: