Ada manusia yang baca tajuk berita. Isi kandungan tak payah jenguk, buang masa. Macam berita ini. Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
Kalau baca isinya, maksud sebenarnya lain ....
Dah baca ... kita kena pikir. Sanggupkah Rosmah pakai tudung, tutup rambut sarang tebuan? Sanggupkah Azalina menjadi seorang wanita sejati dan mungkin isteri mithali? Sanggup ke pemimpin BN buang botox di muka untuk menjadi HALAL? Sanggup ke mereka buang semua kekayaan untuk masuk PARTI yang berlandas kan Islam? Tu korang kena kaji dan aku berani kata, UMNO tidak akan ubah kepentingan diri.Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini
Itu sebab diorang cipta ISLAM HADHARI.
Dan kerana itu kita jangan meloncat bila dapat tahu berita bercanggah kerana kita tak baca isi, cuma baca tajuk.

No comments:
Post a Comment