utusan | Orang ramai menyokong tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga secara sistematik kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.Betul ... aku nampak Majlis Fatwa jumpa orang ramai tanya pendapat. Diorang gi ke pejabat tanah, kedai letrik, stesyen bas, kelab lumba kuda, panggung wayang, litar lumba sepang, kedai nombor untuk tanya pendapat ramai. Tu sebab tajuk berita hari ni .... "Ramai sokong fatwa haram yoga."
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang hari ini mendapati orang ramai berpendapat kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam, seharusnya menyedarkan umat Islam bahawa yoga yang melibatkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan boleh memesongkan akidah dan iman.
Seorang peniaga, Mohd. Khalid Ishak, 35, berkata, sekiranya umat Islam mengamalkan yoga yang melibatkan unsur-unsur mantera, maka ia boleh mengakibatkan seseorang itu terpesong akidah.
''Yoga sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan dan itulah yang membuatkan ramai orang mengikuti senaman ini,'' katanya.... more.
Wakakakakak .....
Dan bukti sokongan tu maka SIS kata, Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa.
Ramai juga yang keliru dengan fatwa ni ... buktinya, Pengusaha kelab nafi mantera dalam senaman yoga
Aku teringat tulisan Mufti Perlis.
Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.Menyedihkan kalau satu hari nanti, Majlis Fatwa tidak di hormati lagi kerana keputusan dan fatwa di keluarkan adalah kerana mahu jaga periuk nasi dan bukan tanggung jawab terhadap Islam.
No comments:
Post a Comment