Malaysiakini
Kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula hari ini bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1.
Boikot yang melibatkan 5,000 bot itu akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara, lapor Sin Chew Online.
Boikot anjuran Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.
Nelayan membuat tuntutan itu kerana harga diesel tahun ini telah turun sebanyak enam kali, tetapi nelayan masih membayar harga yang sama iaitu RM1.43 seliter. [read more]
No comments:
Post a Comment