Aduan Oktober tidak di endah

utusan |
[...]Hassan Saad, 49, seorang ahli perniagaan, berkata pada 21 dan 22 Okt lepas beliau telah mengajukan aduannya kepada beberapa pihak bertanggungjawab apabila dua insiden pokok tumbang berlaku di belakang rumahnya tetapi pihak terbabit meminta beliau supaya tidak risau dengan kejadian itu.

"Pihak berkaitan menghantar wakil dan pihak berkuasa tempatan turut turun untuk meninjau permasalahan yang saya hadapi dan kemudiannya menghantar pakar tanah untuk mengkaji keadaan tanah bagaimanapun pakar tanah tersebut mendakwa tiada masalah.

"Dari pengamatan saya melalui dua insiden itu, saya yakin ada pergerakan tanah kerana satu persatu pokok tumbang dan hala pokok jatuh secara berselang-seli yang akan membawa kepada kejadian tanah runtuh tetapi saya kesal kerana aduan (SMS dan panggilan) saya tidak diberi perhatian yang sewajarnya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata jika pihak berkaitan memandang serius dan mengambil langkah yang sepatutnya, sekurang-kurangnya apabila berlaku tragedi seperti ini, semua pihak sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan dan kehilangan nyawa seperti ini dapat dielakkan.

"Runtuh tetap akan runtuh tetapi sekurang-kurangnya nyawa yang tidak berdosa tidak akan menjadi korban. Saya bukan pakar tanah tetapi saya merupakan pemilik banglo justeru saya ada hak bagi menyuarakan masalah," katanya. [read more]

2 comments:

Unknown said...

Mereka malas sebenarnya! Kerja lepas tangan.

Anonymous said...

kita penggal sahaja leher umno dan kerajaan yang merelakan pembangunan sebegini pada tahap awalnya...

satu dosa kebodohan dan kelalaian yang tidak boleh dimaafkan...tuntut depan tuhan di padang mahsyar nanti.

-garden