Akhirnya MB Johor mengaku pasir dieksport ke Singapura

nadirakyat
[...] Melalui akhbar Mingguan Malaysia (edisi cetak) hari ini, akhirnya Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengesahkan bahawa pasir silika memang dieksport ke Singapura. Beliau juga menyatakan bahawa batu kuari adalah dibenarkan untuk dieksport jika ianya tidak melebihi 9 inci diameter. Menurut beliau lagi pasaran yang paling hampir adalah Singapura.

Kuari di Teluk Ramunia adalah bekas lombong bauxite yang diusahakan oleh Promet Fabrication Sdn. Bhd. Tiga kawah besar yang dilaporkan wujud di kawasan tersebut, telah dihentikan pada tahun 2000.

Jadi kita tidak dapat membayangkan betapa banyaknya pasir dan batu Johor yang telah dipunggah ke Singapura semenjak kuari tersebut memulakan operasi pada tahun 1960-an sehingga ianya ditutup pada tahun 2000....read more.

No comments: