Khabar Angin Boleh Jejas Operasi MenyelamatTanah tak runtuh, tembok tak roboh .... isk isk isk ...
[...] Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyifatkan sebagai khabar angin "cakap-cakap" bahawa anggota polis dan tentera menceroboh masuk rumah yang dikosongkan di kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
Beliau menganggap ia hanya khabar angin selagi tiada laporan polis dibuat.
"Jika betul ada tentera dan polis masuk ke rumah penduduk, buat laporan polis dan minta jangan sebarkan khabar angin, kerana kita tidak mahu operasi terganggu. Kita akan halusi laporan dan siasat," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata sehingga kini hanya enam laporan polis dibuat, lima melibatkan kes hilang harta benda manakala satu lagi laporan tidak puas hati mengenai ada pihak yang tidak berkaitan berada di kawasan itu.
"Laporan itu hanya dibuat oleh mereka yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh dan bukan dari mereka yang rumah mereka dikosongkan," katanya.
Khalid berkata polis akan meningkatkan kawalan di rumah-rumah yang telah dikosongkan dan di rumah yang terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi Sabtu lepas dan meragut empat nyawa serta menimbus 14 banglo. [read more]
cerita berkaitan - Polis terima 5 aduan ceroboh
No comments:
Post a Comment