lamjee
[...] sahabat ini datang ke tempat kejadian pada hari pertama sejak awal pagi lagi bagi misi menyelamat. seterusnya kerja diteruskan sehingga waktu makan. maka bermulalah satu episod hitam yang menampakkan kepongahan manusia yang merasa dirinya berdarjat tinggi dan lebih bagus tarafnya dari orang lain.. sahabat ini datang mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat..seperti biasa, mangsa bencana, sumbangan datang kepada mereka, dalam keadaan sedemikian seharusnya mereka bersyukur dengan apa yang ada, dan berterima kasih di atas simpati yang diberikan oleh khalayak ramai. Apa yang mengejutkan sahabat saya ini, nasi bungkus yang dihulurkan kepada mereka ini ditolak mentah-mentah..malah ada lagi yang bertindak keterlaluan,walau mereka mengambilnya, kemudian terus dicampak ke tanah di hadapan mata petugas.. Apakah ini sikap orang yang budiman? apakah ini sikap orang yang bersyukur?apakah mereka merasa mereka tidak layak makan nasi bungkus disebabkan mereka orang berkedudukan, berpangkat dan kaya?[read more]
1 comment:
Pepatah ada kata "Buat Baik Berpada pada ....."
Mereka ini gulungan Bangsawan,hartawan,Kenamaan dan berkedudukan.
Pada mereka Yang datang mesti tahu adap beradat,.
Bahasa di gunakan mengikut susunan pangkat ,
Makanan di beri di pastikan dulu kualiti zat.
Kalau diri yg.datang setakat hendak memenohi ajaran kitab dan syari'at.
Baik tak payah,mereka tak pandang itu semuer.
Kecuali bila kematian mereka setaraf dgn ukuran kubur kita.
Dan bila dihadapan Allah baru mereka sedar bahawa manusia itu sama di sisi nya.
Post a Comment