Awas Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu

tun telanai
[...] Berbeza dengan pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Anwar Ibrahim menang besar kerana UMNO ketidakcukupan masa untuk melakukan berbagai strategi MENIPU. Tempoh menjadi terhad kerana bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. UMNO dan kerajaan sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari kemerdekan yang ke 51. Lagi pun SPR kena buat cepat kerana bulan September adalah bulan Ramadhan. Tidak munasabah pilihan raya dibuat dalam puasa. Oleh itu SPR perlu mempercepatkan proses pengundian supaya tidak melebihi 60 hari. Permatang Pauh mulai kosong pada 1 Ogos, 16 Ogos adalah hari penamaan calon dan pada 26 Ogos hari pembuangan undi. Tempoh masa 26 hari terlalu singkat bagi UMNO untuk mendaftar pengundi hantu, membawa masuk pengundi luar dan untuk mengumpul wang untuk ditaburkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh. Oleh sebab itulah daripada 58,459 pengundi, yang mengeluar mengundi hanya sebanyak 38,144 atau 65.25 peratus sahaja. Anwar Anwar, memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional [BN], Datuk Arif Shah Omar Shah, yang meraih 15,524 undi. calon, Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia [AKIM] hanya mendapat 92 undi. Anwar mendapat majoriti 15,671 undi berbanding isterinya, Dr.Wan Azizah Wan Ismail hanya 13,388 undi sahaja.[...read more]

No comments: