Bijakkah GGMM Saman Soi Lek?

teropongkota | ....Saya tidak mahu mengulas kenyataan Dr Koh Tsu Koon kerana biarlah GGMM yang mentafsirkannya. Mungkin kenyataan daripada pemimpin bukan Melayu yang lain akan menyusul dan tuntutan minta maaf dan ganti rugi akan dibuat lagi. Jadi, tiada benda lain yang mampu dilakukan GGMM selain menuntut minta maaf dan ganti rugi?

Soalnya, bijakkah kita menuntut ganti rugi terhadap mereka yang "bercakap benar" dari sudut pandangan dan tanggapan mereka? GGMM sepatutnya membalas tuduhan tersebut dengan hujah-hujah yang dapat meyakinkan orang ramai bahawa kenyataan Chua tidak berasas. Masyarakat Cina tentu sekali akan menganggap bahawa GGMM hanya tahu menuntut ganti rugi tetapi tidak reti mengemukakan hujah untuk membuktikan ketuanan Melayu masih relevan. Konsep "ada tuan dan hamba" sebenarnya tidak wujud. Hubungan antara rakyat Malaysia berdasarkan konsep sama rata dan sama taraf. Tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan dan menjadi "tuan" kepada pihak lain. Melayu tidak pernah menganggap bukan Melayu "hamba". Penjelasan lebih berfaedah daripada sekadar memaksa orang lain menutup mulut dengan ganti rugi....read more.

1 comment:

Anonymous said...

Berkiat dengan isu ini, Blog Malaysian Unplugged membidas UMNO dan Utusan Malaysia tentang Ketuanan Melayu.
http://malaysianunplug.blogspot.com/2008/11/on-all-counts-ketuanan-melayu-is-myth.html