Bilakah UMNO nak lawan macam jantan?

kuala terengganu parliament seat by election 2008 051208Orang tak cerita tentang Pilihanraya di K. Terengganu. Orang sedang sibuk dengan kemalangan di Bukit Antarabangsa. Pergi lawat tak perlu, beri bantuan tak payah, tapi cerita ... semua orang nak cerita. Nak gi tengok tempat? Tak senang ... DS Anwar pun tak di benarkan masuk, ini kan pulak kita kita yang tak masuk senarai.

Tak per .. biar kita kecoh pasal pilihanraya. Pilihanraya yang bakal nak buktikan UMNO perlu atau tidak di zaman millenium ni. Masih relevan atau perlu saja di masukkan ke van mayat dan di kebumikan. Wakakak ... Jangan lupa di mandikan dan di talkinkan .. biar sempurna pengkebumian.

Penamaan calun akan di adakan pada 6 Januari dan Pilihanraya pada 17 Januari. Ada 11 hari untuk berkempen. Korang tengak lah benda yang sama, cara serupa, kaedah saling tak tumpah. Permit ceramah dan kempen. Media dan berita arus perdana ... semuanya akan digunakan untuk cover malu. Takut kalah orang kutuk.

Tapi ... UMNO BN kali ni dah tak mau gamble. Diorang di katakan akan letak ramai calun cuma guna lain lambang. Dengar cerita, kali ni pilihanraya 5 penjuru ... phuyooooo !!!!

Dulu masa Pilihanraya UMUM ke 12, 3 calun untuk kawasan tu, Antaranya Mat Sabu, Nek Maimun dan Allahyarham calun BN. Sekarang ... kena tambah lebih sebab majoriti kemenangan calun UMNO yang lepas cuma 600 lebih je. Itu pun nasib baik ada Nek Maimun yang telah selamatkan maruah UMNO. Kalau Nek Maimun tak der ... dah lama UMNO di kebumikan.

So .. sekarang Bebas dikhabar anginkan akan hantar 2 calun, antara nya Nek Maimun yang menggunakan lambang 'Kunci'. Akim seorang, UMNO seorang dan PAS seorang. Kesemuanya 5 orang. Wakakakaka ...

Korang tau tak .. bila kita tanya nanti, siapa yang sponsor calun tu? .... semua tak ngaku. Tapi kita tau, siapa yang main duit .. .elehhhh.... ini trick lama. Semua dah boleh congak. Mana tempat yang diorang takut ... disitu lah ada calun tambahan.

Apa .? Satu lawan satu?
Hey ... !!! UMNO mana berani pertandingan satu lawan satu.
UMNO mesti mau lebih ... duit lebih, calun pun lebih, lambang pun .... lebih. Wakakakakak
Kalau tak lebih ... bukan UMNO. Bila wartawan tanya, UMNO akan kata, "Bukan kami yang taja." Heheh... trick lama. Bayangkan macamana seorang tua yang hidup dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh keluar modal bertanding RM30 ribu? Lawak ke?

Realitinya ... sistem pilihanraya membenarkan bukan jantan untuk bertanding.
Dah ku cerita, dah ku bilang, lain kali kita kena kurangkan penggunaan telur .. so UMNO boleh bertanding seperti jantan. Satu lawan satu, macam Hang Tuah dulu ... wakakaka.
UMNO sekarang dah tak macam Hang Tuah tapi macam Hang Lembut. Auuuuuuuu ..... nyampah I !!!

TV, Akhbar, sistem, provoke dan macam macam tektik lebih pelik akan berlaku di Terengganu. Semua nya kerana ada keghairahan seseorang untuk menjadi PM. Dan korang tengok lah ... apa bentuk ganas lagi yang akan berlaku.

Tapi orang Terengganu .. Pilihanraya kecil P36 kali ini perlu kan anda untuk berjuang. Pastikan UMNO tinggal sejarah. Turun ramai ramai, ada mata tengok, ada telinga dengar dan ada kederat bantu. Kalau nak tau macamana buruknya UMNO, datang ke Kuala Terengganu. Saksikan sendiri macamana panik nya UMNO nak pertahankan kawasan.

Bukan kerana calun, tapi kerana masa depan dan maruah orang yang berangan nak jadi PM. Wakakakak ..
Bila agaknya UMNO nak lawan macam jantan? Tak payah nak berangan kerana di zaman moden ini telur boleh simpan dalam peti sejuk. Lepas pilihanraya pasang semula. Telur pakai dan buang, macam lampin bayi. Wakakakk ....

No comments: