Cerpen Tanah Runtuh

Krakkkkk Brommmm ....
Tolonnnngggg !!!! ADuh Tolongggggg !!! Tangan aku tersepit !!!

Riuh rendah bunyi kampung tu bila dentuman kuat bergema di waktu malam.
Esoknya orang dah ramai, kelihatan beberapa rumah di tutup tanah. Yang kelihatan hanya serombong asap dan bumbung yang sudah terpuing ke kiri dan ke kanan.

Bunyi alarm kereta berbunyi sana sini, di sambut oleh laungan anjing dan babi di dalam hutan. Tidak lama kemudian suara nyaring bunyi ambulance, bomba dan kereta polis memenuhi ruang kampung.

Bergerak ke sana sini. Kelihatan orang ramai berpusu pusu datang mengelilingi runtuhan tanah.

"Jaga !!! Jangan masuk kawasan", kata seorang pegawai polis menghalang orang ramai memasuki kawasan runtuhan.

Dari runtuhan tanah dan rumah itu kelihatan terkelip kelip seorang mangsa yang bergegas keluar. Ketakutan dan kelihatan muka nya pucat lesu.

Sesampai di luar dia di serbu oleh wartawan dari pelbagai media arus angin barat selatan.

"Encikk ... encik tak apa apa ke?"

"Tak ...errr anak saya mana? Tolong cari anak saya. Isteri saya semuanya dah tak der .. TOlong !!!", kata orang tua tu.

Seketika dia pengsan dan selepas sedar dia sedari dirinya sudah berada di hospital. ISteri anak dan keluarga nya telah meninggal dunia dan kini dia tinggal seorang diri.

3 minggu kemudian
"Encik ... saya wartawan dari berita dot dot dot ... ingin interview encik", kata wartawan tu.

"Ye boleh ... sayang tolong angkat barang ni ... ayang tunggu dalam kereta ye", kata orang tua tu menyuruh seorang gadis yang kelihatan seperti isteri barunya.

"Ya nak tanya apa?", tanya nya kepada wartawan.

"Gini encik. Betul ke kawasan rumah tu dulunya ada banyak maksiat sampai semua musnah sekelip mata", tanya wartawan.

"Tidak ... mana ada semuanya baik. Arwah isteri dan anak sering ke majlis usrah dan sembahyang berjemaah. mana pulak awak dengar cerita ni?", jawab dan tanya orang tua kepada wartawan.

"Tak ... saya dengar cerita orang di sana", kata wartawan.

"Kalau begitu, kenapa ramai orang di temui di timbunan rumah tu yang bukan muhrim", tanya wartawan lagi.

"Mungkin orang gaji saya", jawab orang tua.

"Aik .. anak Encik ada berapa ramai ketika kejadian itu?", tanya wartawan

"Ada 4 orang saja dan termasuk saya dan isteri saya, semuanya ada 6 orang". jelas orang tua.

"Woo .. tapi pihak berkuasa temui ada 8 orang semuanya. Masing masing tertindih berpelukan di bawah." jelas wartawan mengingatkan kembali peristiwa.

"Err r...rrr ... tu mungkin kawan kawan datang kerumah untuk bercerita", jelas orang tua lagi.

"Ye ke .. kejadian berlaku jam 4 pagi dan sampai ke waktu tu mereka bercerita?", tanya wartawan lagi.

"Errr ... mungkin awak salah waktu tu ... Ok lah saya terpaksa pergi ni, ada appointment, lain kali saja.", minta orang tua itu bergegas tinggalkan wartawan.

"Encik encik !!! ..Tunggu cik ..", minta wartawan.

"Lain kali saja ye ... saya nak pegi bye !!!" , kata orang tua lagi.

No comments: