HANGAT!!Pergolakkan POLITIK Kerajaan Selangor

suararevolusi |
[...]
Kebanyakan pendokong parti adalah dari kalangan yang professyenal, bekerja sendiri, berniaga dan pesara yang tidak mampu diugut-ugat oleh BN-UMNO. Manakala sebahagian lagi adalah kalangan pekerja swasta dan pekerja kerajaan yang secara sorok-sorok membantu gerak kerja parti. Namun masing-masing tetap memberikan komitmen tenaga dan sumbangan kewangan setakat mampu. Biarpun kecil tetapi nilainya amat besar dalam keadaan segala-galanya kurang.

Tidak kurang juga para usahawan pendokong parti membuat keputusan ‘do or die’. ‘Kalau nak menangpun inilah masanya”, ungkap mereka penuh optimis. Kalau kalah tutup kedai, kalau menang mungkin boleh tarik semula apa yang dikorbankan untuk parti dengan sokongan pemimpin yang telah dinobatkan di puncak kuasa.

Setelah 8 bulan menikmati kemenangan, di Selangor sendiri amat sukar bagi mereka untuk bangun lantaran dasar-dasar kerajaan negeri yang seolah menghalang mereka untuk mencakup peluang-peluang perniagaan sedangkan pada masa yang sama, kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid membiarkan elemen UMNO/BN terus berkuasa di depan hidung Khalid sendiri.

Ini bukanlah omong kosong. Lihat sahaja di Pejabat SUK Selangor, Khalid terus mengekalkan orang-orang kuat pendokong mantan MB Khir Toyo. Malahan perlantikan Khalid dalam beberapa perjawatan menimbulkan banyak kontrovesi dan kemarahan pendokong parti.[read more]

No comments: