Kalau lah dulu Khir Toyo jadi MB

Malam ni aku tengok TV3. Nak tengok apa kata pemimpin, bila kejadian yang sama berlaku lagi. Tanah Runtuh !!! Orang semua jerit. Mula runtuh jam 3 pagi sampai sekarang, semua orang jerit. Runtuh !!!!

Bukan nak cemuh, tapi keji. Bukan nak kutuk tapi sindir. Macam ni lah yang berlaku bila tanah runtuh. Bukan kejadian pertama, tapi dah banyak kali. Highland tower, rumah Tan Sri Ismail ... situ, sana, semuanya orang dok memekik. Bodoh ke diorang ni? Dah tau bahaya, tapi masih buat, dah tahu akan runtuh, tapi masih di luluskan.

Kawasan itu kawasan MPAJ. Majlis Perbandaran Ampang Jaya ... wakakaka. PBT yang paling top dengan benda benda pelik. Maka panas lah bontot mereka untuk beberapa bulan ini !!! Tapi kejap je, bila orang dah lupa, kuis duit bawa meja dan luluskan.

Biasa la ... lama kelamaan, orang lupa. Bila dah lupa, kita sambung balik. Bina rumah yang tinggi tinggi, bina rumah yang mahal mahal. Kualitinya ..... Ouuuuuttttt !!!

Pembeli pun bukan main eksyen lagi ...
Bila orang tanya, "Dimana rumah kau?" .... Buat style ketawa orang kaya " Ha ha ha .. atas bukit."
"Berapa nilai?" ..... jawabnya, "Mahal ........ berjuta juta beb."

Bila terjadi benda pelik cam ni ... semua pening kepala. Yang kesian, mereka mereka yang menjadi mangsa, sedangkan mereka tidak terlibat dalam membuat keputusan membeli aset di kawasan tu.

Sebenarnya kawasan runtuhan di Ulu Kelang adalah kawasan perumahan lama. Tanah kat sana semua bukit bukit. Kalau zaman dulu. Tanah berbukit, tak der harga.

Aku ingat masa di kampung dulu. Sekadar nak cerita, kisah kawan aku yang duduk kata Ulu Kelang jugak. Dalam adik beradiknya, kawan aku tu adalah anak yang sulong dalam 6 orang adik beradik. Ketika itu, semua adiknya mendapat hak masing masing. KAwasan tanah hampir 5 ekar sorang. Kawan aku tu dapat tanah kedudukannya menjalar dari bawah ke atas bukit. lalu dia berkata....
"Apa lah bapak aku ni!!!", dengan nada marah.
"Kenapa mat?", aku tanya.
"Bapak aku beri tanah ... dalam banyak banyak, aku dapat di atas bukit." sambung Mat.
"Jadi ... apesal nko marah?", aku tanya.
"Apa aku nak buat dengan tanah atas bukit? Nak panjat bukit tiap tiap pagi toreh getah pun aku tak larat. Adik aku yang lain senang je, diorang dapat tanah rata .... cessss." marah Mat pada arwah ayahnya.

"Kau tak tanya ayah kau ke?", sambung aku.
"Tak ... sakit hati aku.", jawab Mat.
"Dapat tanah pun dah Alhamdulillah Mat, aku tanah pun tak der tau.", aku kata untuk kendurkan kemarahan Mat.
" Hishhhh ... ", kata Mat sebelum berlalu pergi.
Itu dulu ... sekarang mat sudah kaya. Kereta nya menjalar besar, teguh dan peramah. Mercedes .... Hebat.
Rupa rupanya, Mat dah jadi orang pandai ... dia tarah bukit miliknya dan jual tanah merah. Bayangkan berapa Mat dapat dari hasil bukit tu .... berjuta juta bro. Sekarang Mat dah jadi jutawan.

Tu la ceritanya kalau zaman dulu. Orang tak suka kalau diberikan tanah bukit, paya atau laut. Tak tau nak buat apa. Sekarang semua kawasan orang nak. Kolam najis pun orang timbus buat kawasan perumahan.

Kalau nak tengok benda menarik lagi, aku bagi tau cerita selingan ... korang turun dari Subang Jaya ke KL, menggunakan Lebuh raya KESAS. Sebelum TOL Subang, di sebelah kiri ada sebuah kawasan lombong tinggal. Pemaju bina rumah menurun mengikut cerun lombong sehingga ke dasar lombong. Hah ... tak pelik ke? Tak payah sumbat lombong, tapi diorang bina rumah dalam lombong. Itu lagi satu BALA. Tak lama lagi ada lah pulak orang mati terus masuk lombong. Wakakakak ... Yang pelik lagi, kawasan perumahan itu di luluskan. Kah kah kah.

Berbalik kepada cerita asal, kawasan tanah di Ampang dan Ulu Kelang adalan milik orang zaman dulu. Diorang tak tau nak buat apa dengan bukit. Tak der orang nak beli tanah dan apa yang mereka buat adalah, bina rumah atas bukit. Tu sebab, rumah yang rosak hasil runtuhan baru baru ini adalah rumah lama. Ada pula manusia yang beli rumah lama ini dan kemudian mereka runtuhkan semua, lalu mereka bina rumah baru. Maka ada antara rumah yang di timbus adalah rumah rumah baru. Tapi hakikatnya, struktur tanah di situ memang dah tak stabil. Kalau bina rumah kat situ, memang cari pasal.

Cuma aku terpikir sorang sorang .... kalau lah Khir Toyo jadi MB 20 tahun dulu, sudah pasti kejadian ini tidak berlaku. Kenapa?
Kerana ... Khir Toyo, botak kan bukit, jual tanah dan bina rumah atas tanah yang sudah botak. Wakakakak ... Tang tu aku puji budak jawa tu. Wakakakakak ...

2 comments:

mangchikla said...

"Wakakakak ... Tang tu aku puji budak jawa tu. Wakakakakak ... "

Ehem.. puji jawa nampak!!!!...

mangchikla said...

hmm.. terpikir kwsn ulu klang ni dulu kwsn tdahan air hujan... kalau masuk kedalam kat UKay heights abih ditarah nyer. Dekat kwsn, ghimua kat dalam sangkar pon dah naik takut tgk perumahan keliling.. Ade satu lagi umah betoi betoi mcm istana kat kwsn tadahan ujan gak tapi dikwsn klang gate kira kira jiran sebelah je. Umah kawan baik si Dah lam daahhhh..." Den harap jgn jadi mcm kat bukti antara bangsa nih udah lerr..