Kayveas, jangan amal politik ugutan!

MStar | Tindakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas semalam yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum pilihan raya umum akan datang merupakan satu ugutan yang tidak diamalkan dalam BN.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, jika parti itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak meminda ISA, PPP boleh terus keluar dari BN tanpa perlu menunggu sehingga pilihan raya akan datang.

"Setakat ini pun, seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar), kita tidak akan meminda ISA.

"Jadi tidak perlulah (tunggu) untuk pilihan raya ini. Lebih baik mereka keluar saja," katanya di sini semalam.

Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, tindakan PPP yang meminta pindaan terhadap akta itu merupakan satu usaha untuk mengalihkan kekalahan teruk parti tersebut kepada Umno....read more.
Radenjowo kata, "Kayvies .....hepppp !!!!"
ok ... aku dah marah Kayveas.

No comments: