Keluhan sebenar mangsa tanah runtuh

Keluhan Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa
pinkturtle |
[...] Yang paling terserlah ialah kelemahan dari segi koordinasi menguruskan bencana. Tidak ada satu pun coordinated effort. Sepatutnya ada satu pasukan yang ditubuhkan di tempat kejadian untuk coordinate pasukan penyelamat baik bomba, polis, ambulans, sukarelawan mahupun jentolak. Dalam situasi begini komunikasi jelas sekali tidak tersebar.

Bayangkan didalam berita penduduk kononya diarah kan berpindah dan kononnya ada yang berdegil tidak mahu berpidah. Memang benar ada segelintir yang begitu namun kebanyakkannya tidak begitu. On the grond keadannya huru hara. Mereka yang terperangkap tidak menerima berita atau maklumat kerana bekalan elektrik terputus. Tiada radio atau TV. Cuma harapkan sms dari saudara mara, panggilan telefon atau kepada yang ada laptop dan masih ada bateri boleh la cuba dapatkan sedikit maklumat melalui intenet.

Bila mereka ditelefon diberi arahan berpindah (kerana TV melapurkan penduduk sekita diarah berpindah) dan cuba berpindah, polis on the ground tak benarkan dan suruh balik ke kediaman masing masing keranan kononnya masih merbahaya, jadi arahan mana yang perlu diikut. Saya yang menonton TV dan mengikuti perkembangan terpaksa menelefon berulang kali. Bila ada lapuran tentera sudah membuat jalan denai, mereka yang terperangkap tidak boleh keluar tidak tahu pun adanya jalan alternatif kerana tiada maklumat, dan dimana jalan denai itu pun tidak diberitahu.[read more]

No comments: