Masih ingat gambar ini? Masih ingat tentang bencana kemalangan bas Ekspress di Taiping pada bulan Ogos dulu? Hahaha ... 20 orang maut dan bumbung bas tercabut. Klik KAT SINI dan korang baca berita terbaru di bawah,
9 maut, 19 cedera bas ekspres terbalikSemua nya berlaku ulang berulang. Sama seperti kemalangan tanah runtuh di Bukit ANtarabangsa yang berlaku semalam.
Sembilan maut, 19 cedera apabila bas ekspres terbalik di KM 146, Lebuh Raya Utara - Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Namun insiden kemalangan bas Ekspress terbaru ni tidak mendapat perhatian kerana di tutupi dengan trajedi tanah runtuh. Kalau tidak .. ianya bakal menjadi tajuk utama. Dimana agaknya langkah langkah keselamatan jalanraya yang di kecohkan dulu?
Hmmmm ... kalau tak silap, JPJ bertindak meletakkan pegawainya di setiap perhentian bas. 2 orang pemandu. Peralatan keselamatan di setiap bas? Eh Eh eh Betul ke? Korang check lah sendiri.
Itu sebab di katakan ... semua ini adalah hangat hangat tahi ayam. Kecoh pada mulanya, lepas beberapa bulan, isu ini jadi sesejuk tahi lembu. Wakakakak .... dah budaya. Nak buat camana?
Wal asal balik hasil itu pasal tak hasil.
No comments:
Post a Comment