Korek tebing rumah MB dihenti Ogos

utusan |
[...] Aktiviti mengorek dan mengangkut tanah merah di kaki bukit kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini, telah diberhentikan pada Ogos lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, arahan memberhentikan kerja tanah di kawasan kaki bukit tersebut dikeluarkan oleh MBSA selepas kontraktor yang terbabit didapati menjalankan aktiviti kerja tanah tanpa mengikut pelan asal yang telah disediakan jurutera perunding.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan kontraktor terlibat ialah tidak menyediakan perangkap keladak yang akan menyebabkan kawasan berdekatan dilimpahi air tanah berwarna merah jika hujan lebat.

''Kita memang telah mengeluarkan arahan agar kerja tanah di kaki bukit tersebut dihentikan pada Ogos lalu setelah pemantauan kita mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikut peraturan.

''Jika ada kerja tanah dilakukan di kawasan itu selepas Ogos, ia merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.[read more]
Larangan seperti ini tak terdapat zaman Khir Toyo dulu ke? Kalau tak der ... Huiii .. mewahnya dia. Berapa banyak bukit dah di tarah, berapa banyak projek dah luluih ......
Berapa dapat? Hish .... makan sampai 7 keturunan la.

No comments: