Kos meningkat, 200 hilang pekerjaan

Imageharakah
[...] Kesemua pekerja kilang tersebut sudah menerima notis berhubung penamatan operasi kilang berkenaan sejak awal bulan ini.

Difahamkan kilang yang beroperasi sejak 1964 ini memberikan alasan peningkatan kos yang begitu tinggi sebagai punca kilang ini ditutup.

Sebagai bantahan terhadap tindakan pemilik kilang menamatkan operasi kilang ini, pekerja terbabit telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang tersebut, baru-baru ini.

Jurucakap pekerja terbabit, Mohd Fauzi Salman, 48, ketika ditemui memberitahu, kilang milik Syarikat Kumpulan FIMA terbahagi kepada dua iaitu, kilang mengetin nanas (PCM) dan satu lagi kilang, Instanco, yang menjalankan operasi pembungkusan bahan-bahan seperti gula, creamer, garam, lada sulah, bagi keperluan hotel-hotel dan juga pihak-pihak lain.

"Setakat ini operasi kilang Instanco berjalan seperti biasa tetapi PCM akan ditutup akhir bulan ini, tindakan FIMA menutup PCM sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi kami," katanya. [read more]

No comments: