Laporan Dibuat Kepada BPR Mengenai Pemberian Cek

utusan | Seorang Ketua Bahagian Umno Negeri Sembilan hari ini membuat laporan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) berhubung pemberian sekeping cek RM1,000 dipercayai berkaitan amalan rasuah politik.

Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail membuat laporan di pejabat BPR di sini tengah hari tadi dengan membawa cek itu yang didakwa dikeluarkan oleh seorang anggota exco kerajaan negeri untuk seorang ketua cawangan Umno.

"Ini bermakna individu terbabit begitu berani sedangkan dia tahu perbuatan menggunakan cek ini memudahkan pihak berkuasa mendapatkan bukti," katanya.

Ishak berkata beliau membuat laporan itu kerana penerima cek itu tidak berani membuat laporan BPR kerana bimbang diberi tekanan.

Mengenai Umno Bahagian Seremban yang tertangguh akibat pergaduhan pada 9 Nov lepas, beliau berkata seramai 13 ketua cawangan telah dipanggil ke ibu pejabat parti untuk memberi penjelasan pagi tadi.

"Tidak sepatutnya ada masalah tetapi mereka dipanggil juga kita mencari keadilan," katanya.

Beliau yakin mesyuarat bahagian itu dapat diadakan semula sebelum akhir tahun ini.

No comments: