[...] Seorang penyokong kerajaan hari ini mendedahkan bahawa pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi kini lemah minda bukan kerana berpolitik tetapi kerana malas belajar. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, pelajar di universiti bukan sahaja tidak membaca buku dan hanya bergantung kepada nota dari pensyarah, malah malas untuk membuat rujukan dan malas pula membaca buku dalam bahasa Inggeris.
"Ini kerana susah, pening kepala. Pergi periksa hanya berdasarkan nota pensyarah, tutorial. Ke mana ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat pelajar kita?" katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Univeriti 2008 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, masyarakat negara ini perlu menukar sikap daripada hanya menjadi pengguna kepada menjadi pengeluar.[read more]
1 comment:
check out this harimau
http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/10/i-know-its-too-early-but-thanks-pak-lah/
Post a Comment