Nazri jangan menyebok !!!

MStar
[...] Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Maglin D. Cruz membidas Datuk Seri Nazri Aziz sambil menegaskan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak mempunyai hak untuk menyuruh parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN).

"Siapa dia (Nazri) nak bercakap demikian?

"Dia ingat dia Perdana Menteri ke nak suruh kami keluar dari BN,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nazri kelmarin bahawa parti itu harus keluar segera kerana hubungan antara parti komponen dalam BN memerlukan persefahaman.

Jelas Maglin, hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berhak membuat sebarang keputusan terhadap parti itu dan pihak-pihak lain tidak perlu "jadi penyibuk."

"Jangan jadi penyibuk. Lebih baik dia (Nazri) beri komen tentang Umno bahagiannya dan kerajaan. Hanya Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN boleh buat keputusan," ujarnya. [read more]