bernama | Pahang yang mengambil iktibar daripada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang semalam yang sehingga kini meragut empat nyawa, bertekad tidak lagi akan membangunkan kawasan tanah tinggi bagi mengelak kejadian serupa berulang.Wakakakakak ... Cameron Highland, Genting Highland, Bukti Frazer .... hmmmm ....
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pihaknya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kawasan lereng bukit tidak dibangunkan sama sekali.
Katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang November lepas, beliau sendiri meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya merujuk kepada pihak kerajaan negeri bagi pengesahan sebelum sesuatu pembangunan hartanah dilaksanakan di kawasan masing-masing.
"Ini dibuat selepas kerajaan negeri mendapati ada satu atau dua projek pembangunan yang pada mata kasar nampak tidak sesuai dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Beliau berkata setakat ini pembangunan di kawasan Bukit Fraser adalah terkawal sepenuhnya sementara projek pembangunan di Cameron Highlands dan Bukit Tinggi memerlukan penilaian semula.
"Di Pahang masih banyak lagi kawasan yang tidak terletak di tanah tinggi yang boleh dibangunkan," tambahnya.
Pahang Tidak Akan Bangunkan Kawasan Tanah Tinggi - Adnan kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment