PAS sambut baik hasrat Ariff Shah

harakah | PAS Pulau Pinang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dato' Ariff Shah Omar Shah benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat di negeri ini bagi meneruskan agenda perjuangan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata sepatutnya Dato' Ariff Shah telah lama menyertai Pakatan Rakyat kerana beliau terkenal dengan sikap 'baik pekerti' di kalangan rakyat berbanding Adun Umno yang lain.

"PAS alu-alukan perpindahan parti oleh Dato' Ariff Shah tetapi mestilah berhati ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat yang nyata lebih mengutamakan hak rakyat yang ditindas oleh BN dulunya, " kata selepas di temui di majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada para Huffaz oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Seminar Komplek Penyayang.

Katanya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menolak jika ada Adun BN mahu melakukan pembaharuan di era 2009 nanti kerana Umno dan BN nyata gagal untuk menyelamatkan maruah umat Islam sendiri khususnya di negeri ini. ...read more.

No comments: