Pendatang jadi Ketua Penerangan UMNO?

mutalibmd.blogspot
[...] Mengikut rekod, Sharif Saidi adalah pendatang tanpa izin yang memasuki Malaysia secara haram dan pernah memegang beberapa kad pengenalan palsu sebelum mendapat kad pengenalan projek pada 1993.

Sharif Saidi merupakan Ketua Cawangan UMNO Puyut B dan telah menjadi penyokong kuat Nasrun dan merupakan salah seorang penyimpan rahsia peribadi Nasrun yang hidup mewah tanpa perlu bekerja keras.

Sebelum ini, UMNO Silam telah menjadi Kubu Kuat PATI apabila Majid Lasabo, Andi Saidi Kamaruddin, Ismail Tidal, Mohd Baheri Basri, Mohd Shahrin Mohd Razak dan sebagainya telah menjadi AJK atau dilantik sebagai AJK UMNO Silam oleh Ketua Bahagian terdahulu.

Faktor PATI begitu dominant di Silam untuk menentukan kemenangan seseorang calon kerana berleluasanya politik wang menyebabkan PATI yang boleh disewa ini akan menjadi faktor penentu kemenangan.

Senario ini menunjukkan kenyataan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh adalah 200 peratus benar;[read more]

1 comment:

Antusabun said...

pejadah la dorang ni...tangkap la puak umno yang mengeletek kat tv tu