Satu lagi Bukit Antarabangsa?
[...]Menurut seorang penduduk Ahmad Sophian Ali, rekahan itu kini semakin ketara dan ia telah memanjang sehingga 50 meter.
"Ia dipercayai berpunca daripada kejadian tanah runtuh di tebing berhampiran jalan utama ini. Kami yakin telah berlaku resapan air di sekitar kawasan ini.
"Jadi kami meminta pihak berkuasa agar segera bertindak agar tidak berlaku sebarang perkara yang lebih buruk,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya lagi, jalan merekah itu mula dikesan petang kelmarin oleh beberapa penduduk yang menaiki motosikal.
"Kami kini mula cemas kerana sepanjang dua tahun apartmen ini diduduki, belum pernah berlaku kejadian seperti ini," katanya.[read more]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment