geram ati den wak... ni baco cerita den ni hah
Saya rasa saya nak bakar TM Point Rawang
Tuan,
1 Ogos 2008 Saya telah ke TM Point Rawang untuk mendapatkan perkhidmatan internet streamyx. Setelah diberi penerangan dan membayar deposit RM 75.00 maka saya diminta menunggu sehingga kontraktor pemasangan datang untuk memasang kabel TM.
4 Ogos 2008 Kontraktor TM datang untuk memasang kabel dan saya dikenakan bayaran RM 30.00
5 Ogos 2008 Kontraktor Streamyx datang untuk memasang modem internet tetapi gagal kerana talian tidak stabil.
27 Ogos 2008 Saya ke TM Point Rawang kerana bil TM bertarikh 25 Ogos 2008 saya dikenakan bayaran bil RM 19.15 (sebelum ini saya dimaklumkan bahawa sewa bulanan adalah percuma selama 3 bulan bagi mereka yang memohon talian telefon TM khas untuk streamyx berakhir pada 25 Okt 2008)
Saya membuat aduan dan mereka berjanji untuk membatalkan bil tersebut.
29 Sept 2008 Saya ke TM Point Rawang kerana saya masih dikenakan bayaran bil (jumlahnya menjadi RM 20.20)
Saya membuat aduan dan mereka berjanji untuk membatalkan bil tersebut.
24 Okt 2008 Sekali lagi saya ke TM Point Rawang kerana ingin membatalkan KESELURUHAN perkhidmatan TM kerana tidak dapat menggunakan streamyx.
TM Point Rawang memberi tempoh 3 bulan untuk memulangkan kembali deposit saya.
3 Dis 2008 Saya menerima bil TM dan dikehendaki membayar RM 154.00. APA KE JADAH NYA BIL INI. Saya sepatutnya menerima kembali deposit saya tetapi itu bukan apa yang berlaku, SAYA DIMINTA MEMBAYAR BIL SEBANYAK RM 154.00
'Akaun penamat anda ini tertunggak. Sila buat bayaran dengan segera. Kegagalan anda berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap anda'
APA KE JADAH NYA TELEKOM MALAYSIA INI
Saya telefon TM Point Rawang 03 6091 9001 beberapa kali tetapi tidak dijawab (ada angkat tetapi mereka mengetuk ngetuk ganggang telefon).
Saya telefon nombor 100 TM. Setelah hampir setengah jam bercakap maka beliau menyuruh saya merujuk kembali TM Point Rawang untuk membatalkan bil tersebut.
Saya kembali telefon 03 6091 9001 tapi hampa, berdesing telinga diketuk.
Saya telefon 03 6091 7113 (bahagian pemasangan TM Rawang) dan bertanya nombor sebenar TM Point Rawang. Apa yang dijawab oleh beliau "mereka macam tu Encik, telefon tak pernah berangkat, depa biar aje"
APA KE JADAH NYA MELETAKKAN TELEFON JIKA TIDAK BERANGKAT
Saya berharap agar pihak Tuan sudi melihat masalah saya ini. Kita sudah 50 tahun merdeka dan pihak Tuan sudah bertahun menjadi syarikat swasta, TAK KAN STYLE MASIH LAGI DI TAHAP ZAMAN JEPUN
Saya rasa saya nak bakar TM Point Rawang
melalui email / Seabas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pengalaman Bro. sama saja macam saya:
perkhidmatan TMnet Steamxy memang tak PROFESIONAL langsung..berbeza dgn Singtel..mereka bertindak cepat jika ada aduan:
kat Malaysia ni semua GLC memang macam tu
bro, rawang kat area mana ni yg bermasalah? cam sama tempat kak peah je prob ni...
Post a Comment