MStar
[...] Beliau salah seorang pakar utama yang telah menjalankan kajian ke atas Bukit Antarabangsa berikutan tragedi Higland Towers yang meragut 48 nyawa pada 1993 berkata, kesemua kajian di kawasan itu menunjukkan bahawa kawasan itu berisiko tinggi.
"Keadaan tanahnya terdedah kepada tanah runtuh dan latar belakang geologikal berkaitan dan kedudukan tanah juga membuktikan demikian," katanya.
Sambil melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan cerun di Bukit Antarabangsa, Ibrahim berkata:
"Di Malaysia, sebaik sahaja sebuah syarikat membangunkan projek perumahan dan menyerahkannya kepada pemilik, semua orang lepas tangan."
"Sebenarnya, saya telah lama kecewa apabila menyebut Bukit Antarabangsa. Setiap kali hujan, saya menjangka sesuatu seperti ini akan berlaku," katanya.
Ibrahim juga terbabit dalam menjalankan kajian dalam kejadian tanah runtuh pada 5 Oktober 2002 apabila tanah yang beratnya beberapa tan meranapkan sebuah banglo dua tingkat milik Pengerusi Affin Bank Bhd, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang meragut nyawa isterinya, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua iparnya, dua cucu dan dua pembantu rumah Indonesia.[...read more]
No comments:
Post a Comment