Selangor PR tubuh 'business council' ala UMNO

 tranungkite | ... Persoalan di sini ialah ahli business council selangor ini hanya khas untuk 44 orang sahaja dan tidak boleh melebihi 50 orang. 'very ekslusif'. Perjumpaan di adakan hanya 4 kali setahun. Ahli-ahlinya hanya ORANG PALING BERKEDUDUKAN di MALAYSIA DAN KAYA SERTA ADA PANGKAT DARJAT SAHAJA!

Sejak bila PR mahu membentuk dirinya menjadi satu badan ekslusif? Setahu saya PR ini hidup disebabkan orang miskin, fakir dan insan teraniaya telah mengundi PR pada bulan MArch 2008. Apakah panglat darjat sudah menjadi satu keagungan oleh Pakatan Rakyat?

Kita tidak tahu inisitaif kerajaan selangor ini ada baik atau buruknya. Dan samada pandangan Tok Guru NIk Aziz di minta atau tidak sebelum penubuhanya?

Tetapi yang pasti satu badan ekslusif hanya untuk 44 orang yang berkedudukan dan kaya raya adalah satu agenda yang tidak boleh di terima rakyat jelata yang umumnya masih di tahap dan di bawah kemiskinan. Kepentingan orag kaya di ambil kira sedangkan golongan yang tidak setaraf hanya boleh 'watch and see' sahaja mereka ini mengomol kekayaan negeri selangor. Jika rakyat selangor tidak miskin kenapa PR memperjuangkan gaji minima RM 1000. ini bermakna masih ramai rakyat yang hidup di bawah paras cukup makan RM 1000!...read more.

No comments: