Rais tidak setuju PPSMI Rais tidak setuju PPSMIWakakakak .. bodohnya menteri. Wakakakaka
Utusan | Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini tidak bersetuju dengan langkah kerajaan meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia mendatangkan kerugian dalam usaha pembinaan negara bangsa.
Beliau berkata, dalam tempoh persekolahan peringkat rendah, asas-asas budaya bangsa harus tertanam pada diri kanak-kanak dan bukannya penekanan terhadap aspek-aspek lain.
Katanya, walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi yang mendukacitakan, pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina.
"Pada prinsipnya saya tidak bersetuju, tetapi saya mahu melihat ia diteruskan bagi melihat keberkesanannya," katanya.
Rais berucap merasmikan Seminar Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi di Perbadanan Perpustakaan Negeri di sini hari ini.
Siapa bodoh ... Rais atau Hisammudin? Wakakakakak
No comments:
Post a Comment