bernama |Cerita pengalaman aku sikit ...
[...] Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) masih ingin meneruskan kerja mencari dan menyelamat mangsa kelima tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tetapi akur untuk menghentikan operasi mereka atas arahan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
SMART masih bersemangat untuk meneruskan pencarian wanita Sri Lanka itu, Mary Lourdes, 30-an, yang keadaannya belum diketahui sama ada dia tertimbus atau sudah keluar dari lokasi kejadian.
Wanita itu bekerja di rumah doktor haiwan Dr Yogeswari yang terkorban dalam kejadian Sabtu lepas itu.
"Memang kita tidak puas hati kerana sasaran kita tidak dijumpai. Tetapi atas arahan pihak polis kita hentikan. Kita tidak tahu keadaan sebenar kerana ada banyak kemungkinan boleh berlaku," kata Cif Inspektor Peter Johnny kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.[read more]
Jiran semasa zaman kecil aku dulu, seorang peniaga pasar malam, meruntuhkan rumahnya kerana berpindah kawasan. Zaman dulu, rumah kayu, kalau pindah, diorang buka semua kayu dan tinggal kan tapak aje. Boleh tahan kaya jugak pakcik tu.
Sedihnya aku masa tu bukan kerana si peniaga pasar malam tu, tapi kerana salah sorang anaknya memang cun. Bila berpindahnya jiran aku tu, suasana kampung agak sunyi sikit. Wakakakak ... alahai .. jiwang la plak.
Maka budak budak yang tak reti bahasa, termasuk aku pun sibuk lah menyelongkar tapak rumah tu. Kitorang jumpa banyak barang peninggalan yang sengaja di tinggal dan yang tidak sengaja di tinggal pun ada.
Tengok nasib la. Ada yang terjumpa barang kemas, emas tiruan, mainan plastik, duit kertas dan syiling, mainan kanak kanak dan macam macam lagi.
Seminggu selepas berpindah, kawasan tersebut masih penuh dengan budak budak kat kampung berkumpul. Macam pesta mencari harta karun ... wakakak
Aku terjumpa banyak batu cincin ... aku jual dapat duit dan kemudian aku beli mainan. Memang syok .. !!!
Tapi rumah jiran aku tu di runtuhkan sendiri dan bukannya runtuh kerana aliran air bawah tanah. Waakakakak ......
Eh eh eh .. apa kaitan dengan cerita kat atas? Melalut lak ...
No comments:
Post a Comment