SPR kata jangan gantung bendera parti

[...] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada parti politik supaya tidak menaikkan bendera masing-masing sekarang kerana tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu belum berkuat kuasa.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya menerima aduan terdapat parti politik yang berbuat demikian di tempat tertentu di negeri ini.

Beliau berkata tempoh berkempen hanya bermula selepas proses penamaan calon pilihan raya tersebut pada 6 Januari depan.

“Saya ingin tegaskan bahawa tindakan ini (menaikkan bendera politik) salah kerana dianggap berkempen di luar batasan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai polis Terengganu di sini hari ini. [read more]
Wakakakak ...
BN takut PAS gantung bendera awal. Wakakak
BN takut tak der tempat dan gantung ... Wakakakak
Weyyy .... Gantung kat leher la ...wakakakak

No comments: