YB tangkap Polis

marhaen |
[...] Apabila sampai di hadapan kilang Silitech Corp. mereka ternampak 2 anggota polis yang menaiki motosikal berasingan menghampiri 2 warga asing (Bangladesh) dan tidak mensyaki apa-apa. Semasa mereka berhenti di lampu isyarat, kedua-dua bangla tadi dilihat membonceng motosikal anggota polis terbabit sambil tangan digari pada motosikal lalu melintasi lampu isyarat tersebut dan menghala ke belakang bangunan lama.
YB tertanya-tanya kepada Setiausahanya, Haji Wan kemana hendak dibawa bangla itu? Apabila masing-masing merasa curiga dengan perlakuan anggota polis tersebut, lalu YB mengambil tindakan untuk melihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya.

Setelah membelok ke belakang bangunan tersebut, mereka mendapati kedua-dua anggota polis terbabit sedang menyoal siasat mangsa sambil tangan digari.

Lantas YB menuju kearah mereka sambil memperkenalkan diri, anggota polis tersebut menjadi gelabah dan wajah mereka bertukar pucat.

YB menyoal anggota polis tersebut apa yang terjadi? Sambil terketar-ketar anggota polis terbabit memberitahu mangsa menipu.

YB terus menyoal mangsa dan mendapati mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, malah seorang dari mangsa memaklumkan bahawa beliau datang dari Kuala Lumpur dan melawat kawannya di Simpang Ampat sambil menunjukkan pasportnya yang masih sah (tarikh tamat tempoh pada Disember 2008). [read more]

2 comments:

Kayuhitam.blogspot. said...

Tahniah kepada YB berkenaan.

Kita sudah jemu dgn perilaku seumpama ini.

Kita cume tak berdaya untuk menghalangnya kerana kita tidak ada kuasa seperti yg.ada pada mereka.

Malah ada yg.terkena balik jika cuba menegakan kebenaran seperti yg.tertera.

Ini lah Malaysia Yg.Cemerlang Gemilang dan terbilang.

Unknown said...

Inilah akibatnya bila mengharap anjing untuk menjaga daging!