Bharian | Keputusan Umno untuk memecat bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Keputusan telah dibuat. Ini satu keputusan biasa. Keputusan ini sewajarnya dilakukan,” kata Abdullah, yang juga Presiden Umno, kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Kongres Asia Timur keenam di sini, hari ini.
Kelmarin, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Zaid dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri acara yang dianjurkan parti pembangkang. ...read more.
Cerita berkaitan
Zaid minta pemimpin Umno berhenti mencemuhnya...
1 comment:
Elok lakh tu. Rayu buat apa. Bukan ada pekdah pun...
Post a Comment