MELAKA 23 Jan. - Hanya 1,295 daripada kira-kira 74,000 pekerja sektor perkilangan di negeri ini diberhentikan kerja akibat penutupan kilang kesan daripada kelembapan ekonomi dunia yang melanda negara ketika ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, daripada jumlah itu, 728 adalah pekerja tempatan manakala baki 567 lagi merupakan rakyat asing.
Menurut beliau, kesemua pekerja dari lima buah kilang itu terpaksa diberhentikan ekoran kemerosotan terhadap permintaan produk akibat kelembapan ekonomi dunia sehingga kilang terpaksa ditutup.
"Akibat daripada itu, beberapa kilang telah mengambil langkah-langkah segera dengan menyusun semula strategi bagi mengurangkan kesan kepada operasi dan pekerja," katanya. - Utusan
No comments:
Post a Comment