2 kereta terbakar dalam kemalangan 14 kenderaan

[...] Beliau berkata, satu jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini turut bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran serta membantu mengeluarkan beberapa pemandu kenderaan.

Katanya, pihaknya menahan pemandu lori membawa bijih besi yang berusia 33 tahun dan berasal dari Felda Bukit Goh, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pemandu Daihatsu Charade, Ashwin Charles, 24, berkata dia yang berada di barisan paling belakang sudah memperlahankan kenderaan sebaik menyedari semua kenderaan di depannya berhenti bagi memberi laluan kepada seorang kenamaan.
[read more]
Dan lapuran dari edyesdotcom
Akibat kerakusan seorang polis escort menteri yang menahan kenderaan membabi-buta, bagi memberi laluan kepada VVIP menyebabkan sebuah kemalangan besar berlaku. Kemalangan ngeri tersebut melibatkan 13 kenderaan dan 2 daripadanya terbakar.

Kemalangan ini menyebabkan kerugian yang amat tinggi dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya polis escort terbabit mengutamakan keselamatan orang ramai. Tindakkan polis itu juga mencerminkan nyawa VVIP jauh lebih bernilai dari nyawa orang kebanyakkan.

Menurut Sumber, VVIP tersebut berkemungkinan adalah Najib.
Wakakak !!! Sebut la nama VIP tu ....

3 comments:

mangchikla said...

George Bush

Miss Taeyong said...

this one happened near to my place. mmg mcm ni selalu. polis suka2 je berhentikan kereta. tempat ni just after traffic light. dah mmg jd kebiasaan la 50m lps traffic light kita speeding. sepatutnya, ada 2 polis jaga. biar kereta berhenti masa kt traffic light tu (despite la apa2 pon kaler lampu tu) n bila dh clear, satu lg polis jaga kt junction tudm tu. bukan la membabi buta mcm ni.

hopefully, sbb accident ni, diorg akan ubah la.

hmmm... wonder si VVIP tu turun x tgk org2 yg accident disebabkan dia? kalo ada mesti keluar berita kan?

Unknown said...

sepatutnya VVIP yang bg laluan,kita sbg rakyat sudah membayar cukai jalan dan mempunyai hak utk menggunakan kemudahan itu,kalau yang dlm kereta tu pak menteri kenalah respek kat rakyat sbb kita yang pilih mereka,ini tidak kita pulak nak bagi laluan kat mereka,macam bagus!!!!