JOHOR BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Seramai 200 orang mendakwa ditipu seorang pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang meminta mereka membayar RM100 seorang bagi mempercepatkan permohonan pinjaman mereka pada Jun tahun lalu.
Namun, selepas menunggu enam bulan, mereka berasa telah ditipu pegawai wanita itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi di sini, Rabu.
"Setiap seorang daripada kami membayar RM100 kepada pegawai wanita ini untuk mendapatkan pinjaman antara RM50,000 and RM70,000 daripada sebuah koperasi," kata seorang pegawal keselamatan, Hisham Samsu, 31, yang mewakili mangsa-mangsa tersebut.
Katanya pinjaman itu hendak mereka gunakan bagi menyertai satu skim pemasaran pelbagai peringkat.
"Sampai sekarang kami masih belum mendapat pinjaman itu walaupun sudah beberapa kali menelefon beliau," katanya.
Hisham berkata pembayaran tersebut dibuat di sebuah restoran di Simpang Renggam pada Jun tahun lalu dan dijanjikan ia akan diluluskan dalam masa sebulan.
Namun ketika ditemui dua bulan kemudiannya, wanita itu berdalih mengatakan pinjaman itu memerlukan masa tiga bulan lagi untuk diluluskan.
Seorang lagi mangsa, Omar Mohamad, 49, berharap masalah itu dapat diselesaikan kerana ramai antara mereka hanya berpendapatan sebanyak RM1,000 sebulan. [read more]
Wakakak ... Projek TEKUN ni projek UMNO. Yang pinjam pun ahli UMNO ... UMNO tipu UMNO ... wakakakakak !!!!
No comments:
Post a Comment