5 orang di tahan di PPUM

PETALING JAYA: Polis menahan lima lelaki di perkarangan rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ketika orang ramai berkumpul untuk perarakan dan pengkebumian mayat tahanan polis, A Kugan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata tiga daripada mereka ditahan kerana memakai kemeja-T Hindraf manakala dua lagi kerana cuba bergelut dengan anggota polis.

Polis sebelum itu meminta orang ramai yang berkumpul di perkarangan rumah mayat itu supaya bersurai dari kawasan berkenaan bagi memudahkan urusan perarakan oleh anggota keluarga dan peserta yang berkenaan.

Orang ramai yang berkumpul di situ sejak jam 8 pagi, mematuhi nasihat polis dan bersurai dari kawasan itu pada kira-kira jam 1.45 petang ini. - Bernama

No comments: