Ahli Parlimen edar surat khabar tak laku

Sebanyak 10 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah dalam Parlimen Pasir Gudang telah terpilih untuk mendapatkan suratkhabar Utusan Malaysia secara percuma di bawah tajaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato Seri Hj Mohamed Khaled Nordin. Program yang dikelolakan oleh Biro Pelajaran & Kemahiran ini telah pun bermula pada 19 Januari dan akan berterusan sehingga 40 minggu. Sementara majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang pada 31 Januari, di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. .. klik sini
Bila citer pasal edar surat khabar .. ni aku teringat kisah dulu dulu .... Kwang kwang kwang !!!

Cuti sekolah ambil upah untuk edar surat khabar di kampung aku. RM0.50 sehari. Huh lumayan tu. Wakakakak !!!

Kampung aku tu tak la besar sangat, tapi lebih kurang ada 3 taman perumahan masa tu. Satu taman ada la lebih kurang 50 rumah.

Seawal pagi, jam 5.00 dah bangun. Dengan sorang kawan yang sekarang dah jadi adik pada sorang YB, berkayuh ke pasar untuk dapatkan naskah akhbar. Tak kira la, Berita Harian, Utusan semua ada. penuh bakul dengan surat khabar.

Dulu aku lah agen edar dakyah Barisan Nasional. Wakakakak !!
Dulu bodoh lagi. Kalau kecik kecik dah pandai, Aku rasa habis surat khabar tu masuk longkang.

Naik basikal perlu berdua. Sorang membonceng di belakang, sorang duduk depan pegang handle (stereng). Di depan pulak ada bakul. Dan kami guna beg sandang untuk akhbar tambahan.

Ganti ganti. Siapa penat, duduk dopan. Yang duduk belakang kono kayuh. Kaki besilang kat bawah tempat duduk, menjulur ke pedal basikal. Yang duduk dopan pulak tugasnya membaling surat khabar dan jaga haluan. Tapi kalau ada anjing gilo pagi pagi, yang belakang la teruk kayuh. Kalau lambek dayung basikal, bontot mesti kena gigit. Tapi aku tak pernah kena lagi sebab dalam poket ada batu buat baling. Wakakak

Bila nampak anjing dalam pagar pulak. Kitorang baling dengan surat khabar. Menjerit jerit anjing tu di buatnya.

Biasa la ... bila zaman budak budak tu, ada la plak intention nak ngorat anak dara pagi pagi. Si Nora anak guru besar, awal pagi dah bangun. Huuuuh cun siol ....

Bila kitorang baling surat khabar, dia intai kat jendela. Sebiiji macam citer P. Ramlee tu. Bila kitorang dah jauh, baru dia kuar. Kalau Nora tak kuar, nampak bumbung rumah dia pun jadi la. Sejuk rasa hati. Bila balik rumah, senyum je. Mak tanya, "Apesal senyum sorang sorang tu?"

Sekarang ni Nora dah ada anak 3 ... dah tak cun lagi. Wakakaka

Tapi nasib baik Nora tak kawin dengan aku, kalau tak, mesti dia pening sekarang ni. Wakakak !!!

3 comments:

Isa said...

Bro,

Kiranya lu dah berpaling tadah dari BN la... agen penyebar fikiran rakyat.. ha..ha..ha..

Nora tu... bukan Nora reformiskan... ha..ha..ha.. Nora reformis pun anak tiga gak...

Anonymous said...

Kiranya lu dah berpaling tadah dari BN la... agen penyebar fikiran rakyat.. ha..ha..ha..


KAH KAH KAH KAH KAH KAH.... ko ni pengkhianat tau.... pengkhianat gerombolah kahkahkah kahkah kah kah kah.....



Nora tu... bukan Nora reformiskan... ha..ha..ha.. Nora reformis pun anak tiga gak...

haaaaa.... raden baek ekau cakap botu2 , nora tu yo? kah kah kah kah kah kah........ko nora laie satu tu? kah kah kah kah kah kah kah....

radenjowo said...

Hish ... jangan kuat kuat
Nanti orang dengar
Wakakakak !!!!