Jangan Anggap Yang Lakukan Jenayah Sebagai Hero
PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.
Bercakap secara umum, Syed Hamid berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang.
Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis.
"Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.
Syed Hamid enggan mengaitkan kenyataan yang dibuatnya secara umum itu mengenai penjenayah, dengan kematian suspek curi kereta A. Kugan semasa dalam tahanan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas.
"Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," tegas menteri itu. [read more]
Anggaplah yang mendera dan membunuh itu HERO
Mungkin itu yang di maksudkan oleh Hamid Albar .... menerusi berita terbaru dari Bernama,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment