Askar Israel benarkan rakyatnya pasang lilin

Selamat pagi pada rakyat Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia ... khasnya.
Selamat pagi Cikgu Baharom, Cikgu Ismail, Cikgu Hasnah, Abu kassim, Dollah stereng, dan Mokhtar Nasi Goreng .... walau dimana pun korang berada.

Korang dah baca berita ni, Kerajaan BN adil untuk semua: Najib

Kalau korang percaya cerita macam tu maka korang boleh percaya cerita berikut,
"Anak harimau terbang dan langgar bangunan", atau
"Lori ikan 10 tayar remuk berlanggar kereta kancil", atau
"Wanita berusia 120 tahun pemenang pingat emas sukan lompat pagar", atau
"Pelajar lelaki melahirkan bayi di dalam mangkok tandas".
Ini kerana semua cerita di atas adalah di bawah kategori yang sama .. 'komedi solo',

Sebab itu lah nasihat aku supaya korang jangan percaya berita media arus Perdana. Benda FREE, boleh baca,tapi untuk percaya, baik jangan. Tapi kalau setakat budak budak tadika nak belatih mengeja, tak der hal. Sebab diorang hanya eja tapi tak paham.

Pada mereka yang suka masuk tandas bawa komik, korang boleh ganti bawa Utusan Meloya dan berita Harian. Ceritanya lawak tapi korang jangan ketawa di dalam tandas sorang sorang. Nanti bini kata suaminya dah gila atau korang memang ada masalah untuk mengenal anggota diri sendiri. Bila tengok 'benda' kecik, korang ketawa terbahak bahak. Tak sedar, 'benda' yang kecik tu, korang yang punya.

Bila BN kata dia ADIL pada semua, aku pun antara yang ketawa pecah perut. Dengan BN ni korang hidup ceria. Lawak sepanjang masa. Pemimpinnya lawak, ahli nya lawak dan partinya pun parti lawak. Kalau ketawa tu boleh pecah perut, berapa kali lah agaknya perut aku pecah.

Ada yang kata BN ni macam ISRAEL ... Aku kurang setuju kerana pada aku, BN ni macam FATAH. Pemimpinnya pula macam Mahmoud Abbas. KAlau dulu ... macam Yasser Arafat.

Kalau BN macam REJIM ZIONIS ... menjadi rakyatnya memang cukup beruntung. Rakyat Israel dapat pendidikan baik, rumah baik, penempatan di ganti dan ekonomi mereka pun baik.

Askar dan polis Israel tak belasah rakyat sendiri ikut kepala mak bapak diorang. Di Israel korang boleh cucuh lilin di mana mana. Kalau di Israel ada 'Dataran Merdeka', korang boleh bakar lilin tiap tiap malam. Kawan aku pun kata di Israel boleh naik basikal ramai ramai. Tidak kena tahan atau di tangkap masuk lokap.

Kita cepat bandingkan antara Israel dengan benda lain kerana kita marah dengan Rejim ni. Sedangkan Israel tidak hina rakyat dia seperti negara negara lain. Kalau semua kerajaan negara masing masing mempunyai perangai macam kerajaan Israel, rakyat tiada masalah. Cuma cilakanya diorang ni sebab dok serang negara jiran.

Kalau korang sama kan Kerajaan BN dengan FATAH ..... tang tu aku setuju. Tapi sebenarnya aku dah malas nak ngutuk BN. Letih dan jemu. Asyik asyik BN, asyik asyik BN. Geli lubang telinga aku.

Kalau korang malas nak membebel pagi pagi pasal BN, kita jatuhkan BN. Lupakan terus kerajaan ni dan kita bina hidup baru dengan kerajaan baru. Selepas tu, sesiapa yang nak tau pasal BN, suruh diorang baca buku sejarah.

Orang K. Terengganu !!! .... Lu pikir la sendiri.

Assalamualaikum !!!!

No comments: