KUALA LUMPUR 29 Jan. – Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk membesarkan Lembaga Disiplin parti itu bagi menangani gejala politik wang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT yang berlarutan lebih tiga jam malam ini berkata, pembesaran lembaga itu akan melibatkan penambahan anggota.
‘‘Ini supaya kes yang dilaporkan dapat diberi perhatian dan diperkembangkan serta keputusan mengenainya akan dapat dibuat dengan secepat mungkin,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa politik wang adalah tidak baik dan perlu dielakkan.
Mengenai laporan post mortem Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, ia masih perlu diperincikan lebih lanjut lagi oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO.
Katanya, MT malam ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera parti di seluruh negara yang membantu sewaktu pilihan raya tersebut.
‘‘Laporan itu tebal juga, nanti kemudian kita akan bagi tahu. Laporan post mortem mengenainya akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Pengurusan,” jelasnya. [read more]
Besar periuk, besar la keraknya. Besar BIK MAMA, besar la bajunya. Wakakaka !!!
Weiiii ... badan disiplin besar tapi cadangan Pengerusi nya di bantah UMNO ... besar pun tak guna. Wakakakak !!!
No comments:
Post a Comment