[...] Apa yang saya tekankan disini adalah, betapa parti PAS sesungguhnya pandai mengambil hati para pengundi, rakyat dan blogger.Bagi wak nasihat sikit kat si ketam batu ni ....
Terdahulu, TG Haji Hadi membuat kenyataan bahawa beliau akan merujuk kepada bloggers sebelum membuat keputusan siapa yang akan menjadi calun. Dan selepas menang, Husam Musa mengucapkan terima kaseh kepada blogger menerusi Sya Reformis, ahli Bloggernetwork.
Jika di imbau kembali rentetan kemenangan yang berlaku sejak pilihanraya umum ke 12 tahun lepas, saya masih tidak mendengar sebarang ucapan terima kasih dari Pemimpin PKR. Dari Syed Ali, YB YB mahupun Anwar dan juga Wan Azizah sendiri.
Selepas kemenangan PAS pada PRU12 lepas, ramai blogger yang datang ke KL untuk hadiri majlis makan malam dan kesyukuran. Ketika itu Menteri Besar Perak, DS Ir Nizar pun hadir. [ketam batu]
Blogger ni adalah spesis yang macam melukut tu ... Melukut adalah serpihan beras kat sukatan beras korang. Dalam kamus Indonesia ... wakaka
melukutJadi jangan la tunjuk sedih sangat. Perjuangan memang perjuangan. Alhamdulillah kerana PAS ada sikit jeling. Tapi tak payah minta belas ehsan oghang oghang politik ni. Parti adalah platform perjuangan, negara demokrasi. Kita pilih jalan, kena tanggung sendiri. Kalau pandai boleh buat duit, tapi kalau sekadar suka suka. Buang duit .. Itu sendiri mau ingat.
pieces of rice broken off in pounding
melukut
something insignificant
Ramai pemimpin ambik kesempatan. Kalau dah menang, bukan batang hidung aje tak kelihatan malah kelibat bontot pun tak tentu ada. Yang pasti kalau dia menang dia dapat pangkat, dapat elaun. Peluang business tu sendiri tanya. Gua tak campur.
Sikit terima kaseh, takkan tak boleh kot?
Blogger yang tak larat tu baik berhenti ... minta maaf pada pelayar, esok posting tak gerak gerak. Masa tu blogger tengah sakit la tu. Wakakakak !!!
Aku? Aku ok ... selagi bini dan anak aku boleh makan pasir dan berulamkan rumput tepi jalan, kira ok la tu. Wakakakak
14 comments:
Wa sudah belenti ooo...
Blog kemana, anak isteri kemana,
Baik wa cari makan...banyak banyak kasi anak isteri..lebih apdal, aku dengar Khutbah Jumaat, menyarankan untuk berbelanja terlebih dahulu kepada ahli keluarga terdekat, anak isteri , ayah ibu adalah lebih apdal dan ALLAH akan memberikan ganjaran.
Jom pakat pakat tunaikan tanggungjawab pada anak isteri. Ha ha ha ha
inilah masalahnya, bila buat kerja atau tolong orang nak minta pembalasan. Nampaknya tak ikhlas lah tu...sama lah kamu ni macam AMENO
Apabila sesuatu perkara dibuat semata-mata kerana Allah swt....ada balasan atau tidak ada balasan dari manusia adalah tidak menjadi kudis.
Ingin balasan yang setimpal, mohon lah kepada yang Maha Pemberi Rezeki..tidak perlu mengeluh..tu tidak ikhlas.
Bro,
Blogger sentiasa diiktiraf oleh pakatan. Blog merupakan satu faktor yang sangat membantu. Tanpa faktor ini, umpama maklumat itu tidak cecah ke kotak mengundi.
faktor yang tidak boleh dipandang enteng...
Jawapan Anwar Ibrahim dengan tajuk " Sumbangan Para Blogger Amat Dihargai "
[b]Arakian, sekonyong-konyong ada yang kononnya menulis mewakili bloggers mengemis perhatian malah mengugut! Malangnya fakta meleset sekali.
Biasa saja kita dengan leteran, atau membebel. Tetapi sekadar maklumat agar tidak ada yang turut tersasul nanti. Dalam ucapan dan kenyataan saya salepas pilihanraya, ucapan Azizah selaku Presiden di Kongres yang lalu, kenyataan berkait penahanan Raja Petra dan sebagainya, dinyatakan sumbangan positif para blogger. Alahai…
ANWAR IBRAHIM[/b]
malu pulak aku bila DSAI dah cakap camnie...
Jangan jadi seperti geng gerembolan. Berbudi perlu diingati. Tanggungjawab harus diingati sampai mati.
Perjuangan memerlukan keikhlasan. Ingin berjuangan tapi mengharapkan imbuhan.
TERIMAKASIH KATEGORI IMBUHAN KER??? BRO?
Arakian, sekonyong-konyong ada yang kononnya menulis mewakili bloggers mengemis perhatian malah mengugut! Malangnya fakta meleset sekali.
Biasa saja kita dengan leteran, atau membebel. Tetapi sekadar maklumat agar tidak ada yang turut tersasul nanti. Dalam ucapan dan kenyataan saya salepas pilihanraya, ucapan Azizah selaku Presiden di Kongres yang lalu, kenyataan berkait penahanan Raja Petra dan sebagainya, dinyatakan sumbangan positif para blogger. Alahai…
ANWAR IBRAHIM
Ulasan : Bagi aku perkataan Alahai itu adalah satu ungkapan yang mengecilkan Blogger, blogger dimata anwar sebagai orang kecil, memang itu yang dipandang, MULUKUT, mereka ini mengemis perhatian, membebel, malah mengugut, mereka suka memfitnah, berleter, itu yang digambarkan oleh Anwar tentang bloggers.
Perkataan ALAHAI juga adalah satu penghinaan. Jika fakta tidak tepat mungkin kita tidak nampak fakta itu tidak dihighlight dengan betul, bukan FAKTA MELESET tiada fakta yang ditemui KHAS, untuk itu, lain ceritanya dengan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak dan Dato' Husam. Bukan Raja Petra saja, dan selama ini bukan Raja Petra sahaja, semasa Anwar didalam penjara siapa yang membuat blog blog, forum, laman web secara curi curi, sampai nak minta derma pun susah. Sorok sorok.
Alahai ....Perdana Menteri In waiting
eh come on la geng...
takkan 'alahai' pun jadi isu?
aku penyokong kuat perubahan, penyokong kuat reformasi... bukan semestinya sokong anwar sepenuh hati jiwa nurani...
tapi, janganlah perkara kecil diremehkan. Banyak lagi agenda yang perlu diambil-beratkan.
Akan tiba masa bilamana DSAI membuat kesilapan dan membuat keputusan yang salah. Di waktu itu, medan cukup terbuka untuk blogger melontar C4 dengan kata-kata yang rasional.
bukan kala 'alahai' dijadikan bahan serabut.
saya tak pasti blogger ketambatu ni baca POST DSAI bertarikh 17/1/2009 iaitu malam selepas kemenangan PR melalui PAS memenangi pilihan KT.
Di POSTS tersebut DSAI ada menyebut : penghargaan diberikan kepada SEMUA PIHAK. Saya percaya ini boleh merangkumi BLOGGERS.
Ketambatu sendiri menjelaskan secara terperinci mereka-mereka yang berterima kasih secara khusus kepada bloggers.
Perlu diingat bahawa Husam Musa dan TG Hadi Awang juga adalah dari Pakatan Rakyat (PR). Ucapan mereka sudah memadai untuk mewakili PR termasuk PKR.Sebab itu calon dari parti PAS. Maka merekalah yang lebih tepat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk BLOGGERS.
Takkan isu terima kasih sekecil ini pun nak diperbesarkan. Saya tak pasti sama ada “sumbangan” yang ketambatu beri adalah ikhlas?
Saya salah seorang blogger tak pernah menghadiri “persidangan/kongres/mesyuarat” para blogger di mana-mana di dunia ini (termasuk Malaysia) yang memberikan mandat untuk ketambatu mewakili kami.
So, janganlah ketambatu merosakkan nama bloggers pulak hanya kerana perkara remeh ini. Kalau nak bantu itu biarlah ikhlas. Ikhlas bermakna tak perlu harap balasan. Balasannya adalah kemenangan di pihak yang kita bantu itu!!!
Sukahati lah labu....
Sekarang kita sudah ada blogger pembodek.
Ha ha ha
Blogger bukan BLOGGERS aaa...
Jadi ketambatu tidak mewakili sesiapa dia bercakap tentang dirinya.
OK
Memang.
Tak perlu bersedih sangat.
Kita buat sahaja Lah kerja.
Pemimpin bagus itu bagus Lah.
Pemimpin buruk itu buruk Lah.
PKR ada budaya yang tersendiri. Sukar jika orang baru sertai kerana masih ada mereka yang berjuang sejak pertama kali Reformasi dijeritkan. Ini parti kami.
Usah Lah itu jadi alasan kita tidak menyokong kebaikan perjuangan membawa perubahan di Malaysia.
Post a Comment