KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.
Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.
Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang. [read more]
Saman Doktor ... jangan tak saman. Kasi ajar diorang !!!
Kalau nak tau etika blogger, undang undang tak kira blogger UMNO atau bukan.
No comments:
Post a Comment