Gara gara mahu tandingi boss, Muthupalaniappan di pecat

M Muthupalaniappan yang mahu mencabar Datuk Seri S Samy Vellu untuk jawatan presiden MIC, telah dipecat.

m muthupalaniappan mic disciplinary inquiry 200109 01Bagaimanapun, beliau masih boleh merayu dalam masa 14 hari dari tarikh 'surat pemecatannya' yang diterimanya dari lembaga disiplin parti itu pada 21 Januari.

Menurut surat tersebut, Muthupalaniappan, 68, dipecat kerana melanggar prinsip parti dan bertindak secara yang memudaratkan kepentingan parti.

Dalam surat tersebut, pengerusi jawatankuasa disiplin itu, G Vadiveloo berkata Muthupalaniappan dipecat berkuat serta merta.

Pemecatan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bekas naib presiden MIC itu sentiasa membuat kritikan pedas terhadap Samy Vellu.

Sejak mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden, Muthupalaniappan mengkritik Samy Vellu yang didakwa bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum pada Mac 2008.
[read more]

No comments: