Imigresen mahu serbu Plaza Low Yat


KUALA LUMPUR
– Kehadiran ramai warga asing terutama dari Bangladesh yang semakin menguasai perniagaan komputer di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang di sini mula mendapat perhatian Jabatan Imigresen.

Malah Ketua Pengarahnya, Datuk Mahmood Adam berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan di situ dalam masa terdekat untuk mengenal pasti sama ada warga asing yang menjual komputer di plaza itu mempunyai permit atau tidak.

Katanya, walaupun warga asing boleh bekerja dalam sektor perkhidmatan termasuk menjadi jurujual, mereka tidak boleh memiliki perniagaan.

“Kalau mereka langgar peraturan kita akan tangkap dan usir mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. [read more]

Wakakak ... Ni lagi satu samdol !!!
Nak buat serbuan tapi bagi tau .. Ni bukan amaran ... tapi isyarat... Wakakaka
Kenapa tak bagi surat pekeliling .. Ruj : Esok kitorang nak serbu .... wakakakak !!!
Ada kira kira ke? Wawkakakak !!

Sama macam nak serbu rumah maksiat..
"Assalamualaikum .... ~!!!! Minggu depan kitorang nak serbu tau !!!
"Baik ustazzz !!! Wakakakakak

Sebellum ustaz blah .. sempat jeling anak dara@bakal di serbu. Wakakaka!!!

3 comments:

Gelombang Rakyat said...

Ini sama macam serbuan lori curi pasir kan Selangor dahulu.

Lawakwahkahkui..!

Tapi ketika itu bukan Samdol. Tapi Dolsam!

Anonymous said...

Kah kah kah, sakitnya perut ku ni

armzeli said...

nak wat camne,yang nak kena serbu tu suma suku sakat depa,kena le inform dulu bila nak wat operasi..macam selalu2...esoknye masuk paper:tajuk besar " Pendatang Terlepas Lari Dari Kepungan Pihak Berkuasa"
kah..kah...kah...budak2 bulihle dok kelentong..